Rabu, 30 September 2015
Info: Pelantikan Ahli Jawatankuasa Komuniti SOHO 2015-2016.
Assalamualaikum,
Pada 29hb September 2015, telah berlansung mesyuarat pertama Komuniti SOHO bertempat di pejabat Mercu Intelek Perkasa, Seremban 2. Mesyuarat bermula pada pukul 9:30 malam.
Agenda mesyuarat:
1. Kedatangan ahli.
- Ucapan Pengasas: En. Rizal.
- Ucapan Penasihat: En. Fauzi & En. Fuad.
2. Perancangan & Halatuju Komuniti SOHO.
- Ulasan & kupasan.
3. Mesyuarat bermula.
- Penerangan fungsi AJK dalam Komuniti SOHO.
- Cadangan & perlantikan AJK Komuniti SOHO bagi sesi 2015-2016.
4. Penubuhan Biro Komuniti SOHO.
- Penerangan fungsi Biro Komuniti SOHO.
- Perlantikan Ketua setiap Biro Komuniti SOHO.
5. Pendaftaran ROS / Strategi perniagaan / Sumbangan / Kutipan yuran ahli / Program & aktiviti Komuniti SOHO.
- Cadangan program / aktiviti untuk 3 bulan akan datang.
- Konsep & pendekatan serta komunikasi / info pada ahli sedia ada & ahli baru.
6. Penutup.
- Ulasan & kupasan keseluruhan.
- Perkongsian jaringan perniagaan.
- Bersurai.
Setelah dibincangkan di dalam mesyuarat, maka ini adalah senarai AJK Komuniti SOHO yang telah diterima bagi sesi 2015-2016:
Pengerusi: En. Rizal
T. Pengerusi: En. Ezdy
Setiausaha Eksekutif: En. Mizul
Bendahari Eksekutif: Pn. Suri
Biro Keanggotaan & Keahlian: Pn. Sal
Biro Ekonomi: En. Wan
Biro Pemasaran & Penerangan: En. Hanif
Biro Dakwah & Kebajikan: Pn. Nina
Biro Pendidikan, Promosi & IT: En. Zulkarnain
Biro Tugas-Tugas Khas: En. Hafiz
Penasihat I (bukan AJK): En. Fauzi
Penasihat II (bukan AJK): En. Fuad
Tahniah diucapkan kepada semua AJK khasnya, dan seluruh ahli Komuniti SOHO yang terlibat. Diharapkan dengan mesyuarat perintis ini, serta perlantikan senarai AJK yang telah dilakukan akan menjadi permulaan yang bermanfaat kepada Komuniti SOHO.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan