Selasa, 6 Oktober 2015

Hebahan: Kursus Keusahawan Sosial "Impact Jam 2015" - 17hb Oktober 2015.

Assalamualaikum,

Tarikh: 17hb Oktober 2015 (Sabtu)
Masa: 8:00pagi - 6:00petang

Tempat: Dewan Ballroom, Kombes Paroi.


Syarat penyertaan:
  • Terbuka kepada belia berumur  18-40tahun (lelaki / perempuan).
  • Berminat untuk memahami dengan lebih lagi mengenai usahawan sosial bagi menjana pendapatan.
  • Pendaftaran adalah PERCUMA.

Bagi sesiapa yang berminat / untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Zuraidah Mat Ratin - 019-606 0246 / 06-765 2542

Bagi yang berminat, sila berikan:
  • Nama
  • No. K/P
  • No. Telefon
  • Alamat
kepada Romainor Md Din - 019-660 7563 dan surat tawaran akan diberikan secepat mungkin.

Tempat adalah TERHAD. Tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum / pada:

8hb Oktober 2015.

Sekian.

Khamis, 1 Oktober 2015

Hebahan: Kursus Asas Menggunting Rambut - Yayasan Wanita Malaysia.

Assalamualaikum,

Program 1001 Kemahiran Usahawan Wanita Malaysia (KESUMA).

Kursus Asas Menggunting Rambut anjuran Yayasan Wanita Malaysia akan dijalankan secara berperingkat mengikut negeri di seluruh Malaysia.

Kursus akan dijalankan di Pusat Latihan Yayasan Wanita Malaysia (YWM) pada:

2hb - 4hb Oktober 2015 dari jam 8:30pagi - 5:00petang

Terma-terma dan syarat-syarat:
  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Wanita berumur 18-40 tahun.
  • Beliawanis / siswazah.
  • Ibu tunggal.
  • Makan minum & bilik solat disediakan.
  • Toolkit untuk peserta.
  • Sijil Pentauliahan.
  • TIDAK DIBENARKAN membawa anak kecil semasa tempoh berkursus.
Jika berminat, sila hantarkan maklumat di bawah:
  • Nama
  • No. K/Pengenalan
  • Alamat
  • No. Telefon
Melalui WhatsApp kepada nombor:

0104363275 (Izann, SUK YWM)

Rabu, 30 September 2015

Info: Pelantikan Ahli Jawatankuasa Komuniti SOHO 2015-2016.




Assalamualaikum,

Pada 29hb September 2015, telah berlansung mesyuarat pertama Komuniti SOHO bertempat di pejabat Mercu Intelek Perkasa, Seremban 2. Mesyuarat bermula pada pukul 9:30 malam.

Agenda mesyuarat:

1. Kedatangan ahli.
- Ucapan Pengasas: En. Rizal.
- Ucapan Penasihat: En. Fauzi & En. Fuad.

2. Perancangan & Halatuju Komuniti SOHO.
- Ulasan & kupasan.

3. Mesyuarat bermula.
- Penerangan fungsi AJK dalam Komuniti SOHO.
- Cadangan & perlantikan AJK Komuniti SOHO bagi sesi 2015-2016.

4. Penubuhan Biro Komuniti SOHO.
- Penerangan fungsi Biro Komuniti SOHO.
- Perlantikan Ketua setiap Biro Komuniti SOHO.

5. Pendaftaran ROS / Strategi perniagaan / Sumbangan / Kutipan yuran ahli / Program & aktiviti Komuniti SOHO.
- Cadangan program / aktiviti untuk 3 bulan akan datang.
- Konsep & pendekatan serta komunikasi / info pada ahli sedia ada & ahli baru.

6. Penutup.
- Ulasan & kupasan keseluruhan.
- Perkongsian jaringan perniagaan.
- Bersurai.

Setelah dibincangkan di dalam mesyuarat, maka ini adalah senarai AJK Komuniti SOHO yang telah diterima bagi sesi 2015-2016:

Pengerusi: En. Rizal
T. Pengerusi: En. Ezdy
Setiausaha Eksekutif: En. Mizul
Bendahari Eksekutif: Pn. Suri
Biro Keanggotaan & Keahlian: Pn. Sal
Biro Ekonomi: En. Wan
Biro Pemasaran & Penerangan: En. Hanif
Biro Dakwah & Kebajikan: Pn. Nina
Biro Pendidikan, Promosi & IT: En. Zulkarnain
Biro Tugas-Tugas Khas: En. Hafiz

Penasihat I (bukan AJK): En. Fauzi
Penasihat II (bukan AJK): En. Fuad

Tahniah diucapkan kepada semua AJK khasnya, dan seluruh ahli Komuniti SOHO yang terlibat. Diharapkan dengan mesyuarat perintis ini, serta perlantikan senarai AJK yang telah dilakukan akan menjadi permulaan yang bermanfaat kepada Komuniti SOHO.

Ahad, 6 September 2015

Gambar: Brain Storming 4hb September 2015.


Nama dari duduk kanan ke kiri:
- Mohd Fauzi bin Yahya
- Mod Rizal Ngisa (YDP Komuniti SOHO)
- Pn. Norilla Binti Ahmad

Nama dari berdiri kanan ke kiri:
- Amnah Binti Kachil
- Farra Wahida Binti Mohd Saat
- Ezdy Bin Ruslan
- Mohd Fauzan Bin Abdul Rahman
- Ahmad Zulkarnain
- Rosman Bin Ismail
- Salmiah Binti Othman
- Fatimah Binti Hussin

Sabtu, 5 September 2015

Brain Storming pertama Komuniti SOHO

Assalamualaikum,

Pada 4hb September 2015, bertempat di Senawang; telah diadakan sesi Brain Storming pertama bagi Komuniti SOHO. Intipati kandungan hasil acara Brain Storming ini adalah seperti berikut:

  • Maklumat mengenai pendaftaran persatuan Komuniti SOHO dengan ROS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini adalah penting sebagai langkah awal dalam menjayakan segala perancangan yang telah diatur demi menggerakan agenda Komuniti SOHO.
  • Maklumat mengenai perlantikan AJK Komuniti SOHO secara berperingkat mengikut aturan atau aktiviti komuniti. Lantikan ini adalah perlu dalam proses penstrukturan Komuniti SOHO dan juga bagi menggerakan aktiviti-aktiviti berkaitan.
  • Merancang cabang perniagaan baharu bagi memberikan nilai tambah kepada ahli-ahli. Setakat dalam masa acara Brain Storming yang telah diadakan ini, beberapa cadangan cabang perniagaan baharu, cadangan usahasama dan juga cadangan perniagaan antara ahli telah dibincangkan.
  • Sesi suai kenal sesama ahli Komuniti SOHO yang hadir. Para peserta beramah mesra, berkongsi maklumat mengenai latar belakang masing-masing dan juga bidang perniagaan yang mereka ceburi.
  • Merancang mewujudkan Blog / Laman Utama Facebook rasmi bagi Komuniti SOHO, juga Facebook Group bagi Komuniti SOHO bagi menambahkan promosi serta hebahan rasmi mengenai Komuniti SOHO. Bilangan Admin bagi group Whatapps juga akan ditambah.
  • Merancang jalinan di antara Komuniti SOHO dan agensi-agensi kerajaan bagi menggunapakai segala kemudahan yang disediakan agensi-agensi terbabit seperti Program Keusahawanan, Kemudahan Dana dan Pinjaman Perniagaan, Program Pembangunan Perniagaan, Kursus-Kursus Berhubungkait Keusahawanan.
  • Merancang mengadakan acara-acara Komuniti SOHO seperti perjumpaan, mesyuarat, perbincangan bersemuka dengan lebih banyak lagi bagi mengaktifkan perjalanan aktiviti Komuniti SOHO.
Diharapkan agar langkah permulaan yang berpandangan jauh ini akan direalisasikan oleh penglibatan seluruh ahli-ahli Komuniti SOHO agar kita semua khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, akan dapat meraih faedah. Sekian.

Jumaat, 4 September 2015

Hebahan pertama dari Blog Komuniti SOHO

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Komuniti SOHO kini mempunyai Blog ini sebagai alat untuk:

  • Membuat hebahan mengenai Aktiviti Semasa / Akan Datang.
  • Memaparkan berita berkaitan Komuniti SOHO termasuk ahli-ahli.
  • Pelbagai informasi berkaitan.
Dengan adanya Blog ini, diharapkan agar ianya dapat memberi sumbangan menuju ke arah perkembangan Komuniti SOHO dan memberi manfaat kepada para ahli khasnya, serta seluruh rakyat Malaysia amnya.