Assalamualaikum,
Pada 4hb September 2015, bertempat di Senawang; telah diadakan sesi Brain Storming pertama bagi Komuniti SOHO. Intipati kandungan hasil acara Brain Storming ini adalah seperti berikut:
Pada 4hb September 2015, bertempat di Senawang; telah diadakan sesi Brain Storming pertama bagi Komuniti SOHO. Intipati kandungan hasil acara Brain Storming ini adalah seperti berikut:
- Maklumat mengenai pendaftaran persatuan Komuniti SOHO dengan ROS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini adalah penting sebagai langkah awal dalam menjayakan segala perancangan yang telah diatur demi menggerakan agenda Komuniti SOHO.
- Maklumat mengenai perlantikan AJK Komuniti SOHO secara berperingkat mengikut aturan atau aktiviti komuniti. Lantikan ini adalah perlu dalam proses penstrukturan Komuniti SOHO dan juga bagi menggerakan aktiviti-aktiviti berkaitan.
- Merancang cabang perniagaan baharu bagi memberikan nilai tambah kepada ahli-ahli. Setakat dalam masa acara Brain Storming yang telah diadakan ini, beberapa cadangan cabang perniagaan baharu, cadangan usahasama dan juga cadangan perniagaan antara ahli telah dibincangkan.
- Sesi suai kenal sesama ahli Komuniti SOHO yang hadir. Para peserta beramah mesra, berkongsi maklumat mengenai latar belakang masing-masing dan juga bidang perniagaan yang mereka ceburi.
- Merancang mewujudkan Blog / Laman Utama Facebook rasmi bagi Komuniti SOHO, juga Facebook Group bagi Komuniti SOHO bagi menambahkan promosi serta hebahan rasmi mengenai Komuniti SOHO. Bilangan Admin bagi group Whatapps juga akan ditambah.
- Merancang jalinan di antara Komuniti SOHO dan agensi-agensi kerajaan bagi menggunapakai segala kemudahan yang disediakan agensi-agensi terbabit seperti Program Keusahawanan, Kemudahan Dana dan Pinjaman Perniagaan, Program Pembangunan Perniagaan, Kursus-Kursus Berhubungkait Keusahawanan.
- Merancang mengadakan acara-acara Komuniti SOHO seperti perjumpaan, mesyuarat, perbincangan bersemuka dengan lebih banyak lagi bagi mengaktifkan perjalanan aktiviti Komuniti SOHO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan